MEMO # 1 2015

Tarikh memo: 26/1/2015

Kepada : Ibu Bapa Yang Di Hormati

Daripada : Pengetua

  1. Ingin kami maklumkan bahawa "homework" telah bermula pada 19/1/15. Kami dapati ramai ibu/bapa/penjaga tidak mengisi masa mula dan akhir homework dan tidak tanda tangan buku tersebut. Ada juga pelajar yang menconteng dan membuat homework tidak mengikut tarikh yang ditulis oleh guru. Tujuan homework adalah untuk membina tabiat belajar. Homework perlu dibuat pada masa yang sama setiap hari untuk membentuk tabiat masa & belajar. Pemantauan ibu bapa terhadap homework anak-anak adalah amat penting untuk membentuk tabiat ini.

  2.  "Pouch" yuran telah diberikan kepada pelajar pada 26/1/15. Serahkan pouch yuran kepada guru yang bertugas di "gate" atau melalui operator van atau bas. Sila SMS pengetua jika resit tidak diterima sehari selepas yuran dibayar.

  3. Ibu bapa diingatkan supaya menulis nama anak pada tudung, stokin, topi dan botol air untuk memudahkan guru mengembalikan barangan yang tertinggal kepada pelajar.

  4. Kelas fardhu ain bermula pada 29/1/15 (khamis). Gate B akan dibuka pada jam 7 petang. Pelajar akan pulang selepas Isyak jam 9mlm. Pelajar 4thn tidak digalakan hadir kerana belum menguasai "toilet training". Pelajar yang menangis tidak dibenarkan hadir kerana kelas bermula waktu maghrib dan ini akan menyukarkan kerja guru.

  5. Ibu bapa diharap dapat mengemaskini email masing-masing di ubestari2002@gmail.com. Semua maklumat terkini boleh didapati di blog: tadikaubestari2002.blogspot.com dan facebook:Tadika "U" Bestari Official.

Sekian, terima kasih  

Comments