MEMO 6

Tarikh  memo: 11/7/15                                  MEMO # 6
Kepada: Ibu Bapa Yang Di hormati
Daripada: Pengetua

1.      Kami ingin maklumkan bahawa cuti sekolah untuk Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada 15 Julai 2015(Rabu) sehingga 24 Julai 2015 (Jumaat). Manakala Taska pula akan bercuti bermula pada 16 Julai 2015 (khamis) sehingga 24 Julai 2015(jumaat).
2.      Homework akan diberikan semula selepas Cuti Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 27 Julai 2015 (Isnin).
3.      Jamuan raya sekolah akan diadakan pada 31 Julai 2015 (Jumaat).Kesemua para pelajar pagi dan petang perlu hadir disekolah pada jam 7.30pg. Pelajar akan pulang pada jam 11.30pg. Tema Pakaian adalah Hari Raya. Para pelajar di minta membawa sedikit makanan untuk dikongsikan bersama kawan-kawan.
4.      Diminta para ibu bapa membantu anak-anak mengulang kaji ejaan dan spelling seperti yang telah dijadualkan. Sila hubungi kami sekiranya anda tidak menerimanya.(Senarai ejaan/spelling telah ditampal dalam buku bahasa/English).
5.      Teater muzikal kanak-kanak:
a.      Hari Raptai (latihan)
Raptai teater akan diadakan pada 28 Ogos 2015 (Jumaat) di Dewan Auditorium Majlis Pembandaran Ampang Jaya(MPAJ). Kesemua para pelajar iaitu pagi dan petang hendaklah berada di sekolah jam 7.30pg kerana bus akan bertolak pada jam 8.00pg. Dijangkakan bus akan pulang diperkarangan sekolah sebelum jam 11.30pg. sila pakai pakaian sukan sekolah.
b.      Hari Teater
Teater akan berlangsung pada 29 Ogos 2015 (Sabtu). Kesemua para pelajar pagi dan petang perlu tiba disekolah sebelum jam 8.00pagi. Para pelajar akan menaik bus ke Aud. MPAJ pada jam 10.00pg. Para pelajar akan pulang bersama penjaga masing-masing setelah majlis selesai.
6.      Yuran bas bagi setiap pelajar adalah RM 30.00. Para ibu bapa boleh membuat pembayaran bersama-sama yuran sekolah bagi bulan Ogos 2015.

Sekian terima kasih.


Comments