ALHAMDULILLAH.... anak-anak Ubestari International Preschool semuanya pulang gembira dengan pingat masing-masing. 😃



Tak ketinggalan juga anak-anak yang yang masuk pertandingan hari sukan komuniti. Wahhh..Untung kakak abang datang join. Besar-besar hadiah hamper diorang dapat.. 😊



 Buat pertama kali Ubestari International Preschool menggabungkan hari sukan sekolah dan hari sukan komuniti serentak. MasyaAllah... sambutan yang diterima sangat2 menggalakkan. Macam-macam aktiviti ada. Sukan memanah, teng-teng, permainan batu seremban, "bouncing castle", giant bubbbles, aktiviti berkebun, pertandingan hias cupcake, pertandingan hias botol kreatif, huishhh.. macam - macam ada! 😍

Haa... ni kategori 4 - 6 tahun. tengok! mama pon excited tolong anak-anak dia menghias botol. Kategori ni jer.. mama ayah boleh tolong. Dalam masa yang sama, dapat luangkan masa buat aktiviti dengan anak-anak. Bahagia teacher tengok! 💓
  


 Bersungguh-sungguh adik-adik ni hias botol diorang. terserlah bakat seni dan kreativiti. keep it up dik. you can do it! 💪



Seronok teacher tengok anak-anak bermain. Tema Hari Ubestari International "Kanak-kanak sihat tanpa gajet". Alhamdulillah.. tengok pada gambar pon dah boleh bayang anak-anak semua terhibur kan. Ada yang tak nak balik sebab seronok sangat 😄







21 April 2018, Dewan Dato Ahmad Razali  

Alhamdulillah.. dengan izin Allah hari sukan Ubestari berjalan dengan lancar. Rata-rata yang hadir hari sukan Ubestari International semuanya teruja.. 

"meriahnya teacher... macam kenduri kahwin! punya ramai orang datang.."

"seronoknya teacher! ada banyak booth makanan dan aktiviti anak-anak. abang dengan kakak pon boleh main sukan jugak. takde lah diorang boring tengok adik je bersukan"

Nie gambar malam sebelum hari sukan. Setting booth meja dan hias dewan. 

Terima kasih para guru Ubestari Internationnal yang bertungkus lumus menghias dewan . Sangat-sangat menghargai penat lelah para guru.


Tak lupa juga team volunteer pelajar jurusan kejuruteraan awam, UITM shah alam yang sama-sama membantu melancarkan lagi hari sukan Ubestari International.



Comments